Semakan Permohonan Kursus Maktab Perguruan 2014 KPM - Lepasan SPM |Semakan panggilan ujian kelayakan calon guru (UKCG) 2014 KPM. Calon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temu duga maktab perguruan sesi Jun 2014. Menerusi makluman rasmi KPM, semakan ujian kelayakan calon guru (UKCG) boleh disemak mulai 9 April 2014 sehingga 18 April 2014. Manakala tarikh menduduki ujian UKCG adalah pada 14 sehingga 16 April 2014. Semakan panggilan temuduga ke maktab perguruan bagi calon yang berjaya UKCG boleh disemak mulai 5 Mei 2014.
Semakan Panggilan Ujian Kelayakan Calon Guru UKCG 2014 KPM
- Sila layari di http://apps.moe.gov.my/smg/02/020002/spcg/index.cfm
Tarikh Ujian Kelayakan Calon Guru(UKCG)
- 14- 16 Aril 2014
Semakan Nama Calon Berjaya Ditemuduga
- 5 Mei 2014
BIL | AKTIVITI | TARIKH |
1 | Iklan permohonan Calon Guru tajaan KPM lulusan SPM Ambilan Jun 2014 dalam akhbar tempatan. | 09 Mac 2014 |
2 | Permohonan secara atas talian (on-line) dibuka. | 10 Mac 2014 |
3 | Permohonan ditutup (pindaan atau perubahan maklumat permohonan boleh dibuat sehingga tarikh tutup). | 30 Mac 2014 (11:59PM) |
4 | Semakan nama calon berjaya untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG). | 09 – 18 April 2014 |
5 | Ujian Kelayakan Calon Guru(UKCG). Sila bawa bersama surat panggilan UKCG | 14 – 16 April 2014 |
6 | Semakan nama calon berjaya ditemuduga secara dalam talian. Pemohon yang berjaya dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Borang Butiran Diri dan Helaian Pernyataan Hasrat melalui laman sesawang KPM. | 05 Mei 2014 |
7 | Temu Duga (Sila bawa bersama Surat Panggilan Temu Duga, Borang Butiran Diri dan Helaian Pernyataan Hasrat yang telah dilengkapkan). | 12 – 22 Mei 2014 |
8 | ◊ Semakan tawaran calon berjaya. ◊ Calon dikehendaki mencetak surat tawaran sementara melalui laman sesawang KPM ◊ Surat Tawaran Rasmi boleh didapati selepas melapor diri di IPG. | 10 – 22 Jun 2014 |
9 | Pendaftaran calon di Institut Pendidikan Guru. (Calon yang melapor diri boleh mendapatkan Surat Tawaran Berkursus di IPG yang ditetapkan selepas pendaftaran). | 23 Jun 2014 |